Yafi logo (white rgb)
Rakan Niaga Sawit Anda

Adakah anda tergolong dalam kategori di bawah?

  • Memiliki tanah pertanian tapi tidak diusahakan
  • Memiliki kebun sawit tapi anda tidak tahu cara menguruskan dengan cara yang betul dan sistematik
  • Anda merancang menjadikan sawit sebagai salah satu pelaburan dan sumber pendapatan tetapi tidak tahu dari mana hendak bermula

Peluang untuk anda menjana pendapatan melalui pertanian kelapa sawit. Kami dengan berbesar hati untuk bersama-sama anda merealisasikan impian anda untuk menjadi usahawan pertanian melalui perusahaan kelapa sawit.

Kami di Yafi Group Sdn Bhd menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat, perancangan, pengurusan, pemantauan dengan mengikuti sistem pengurusan yang teratur dan mengikuti standard pengurusan ladang yang bersistem.

Bersama Membangun Ekonomi Negara Melalui Pertanian Sawit

SAWIT merupakan komoditi utama negara. Malaysia adalah antara pengeluar terbesar untuk komoditi ini. Ianya dimonopoli oleh Syarikat gergasi dan GLC. Namun tidak kurang juga wujudnya pekebun-pekebun kecil yang berjihad dibidang ini. Berdasarkan pengalaman, ramai pemilik tanah membiarkan tanah mereka tanpa diusahakan, dan bagi yang mengusahakan sawit pula ramai yang akhirnya membiarkan kerana tidak dapat menguruskan kebun tersebut atas pelbagai faktor antaranya tiada tenaga kerja yang dapat menguruskan, jarak dan bentuk mukabumi, tiada ilmu dalam bidang sawit,perusahaan yang tiada waris hendak menguruskan, penipuan dan banyak lagi faktor-faktor lain.
Sawit 1
Sawit 2
Melihat kepada betapa pentingnya komoditi ini kepada negara, dan melihat banyaknya tanah-tanah yang sudah diusahakan terbiar sama ada yang dalam skala kecil ataupun skala besar. Rasa terpanggil dan melihat ini sebagai satu cabaran dan peluang.
Membentuk team yang berlatar belakangkan pengalaman berpuluh tahun dalam bidang pengurusan ladang kelapa sawit, kami telah menubuhkan YAFI GROUP SDN BHD pada 2023 untuk memberikan perkhidmatan kepada pemilik-pemilik tanah sama ada yang sudah memulakan pertanian ataupun belum.
Lawatan demi lawatan dilakukan secara sukarela untuk memberi pendedehan kepada team kami bagaimana cara memberi khidmat yang terbaik dan bagaimana membuat Analisa kepada pertanian sawit yang bermasalah. Ianya memberi betapa banyaknya ladang dan kebun sawit yang terbiar dan tidak menjana pendapatan ekoran tidak dapat
diurus tadbir dengan baik.
Hasilnya kami semakin tekad untuk menawarkan khidmat yang cemerlang dalam bidang pertanian SAWIT, kerana ianya adalah nadi ekonomi untuk negara dan ia juga menjana peluang pekerjaan untuk rakyat setempat.

Menjadi Usahawan Pertanian Sawit Kini Lebih Mudah

Dalam bidang pertanian SAWIT ada banyak aspek cabaran yang menyebabkan pengusaha sawit tidak dapat menguruskan kebun mereka dengan baik dan tidak menjana pendapatan seperti yang sepatutnya. Hal ini berlaku kerana:
Dan……Kini semua cabaran ini boleh diatasi dengan adanya saluran yang boleh membantu menyelesaikan masalah pada kebanyakan pemilik tanah yang menjalan Perusahaan di bidang pertanian KELAPA SAWIT
Pihak Yafi Group Sdn Bhd menyediakan pkhidmatan:

Hubungi Kami

Mari bersama kami untuk jadikan sawit sebagai pelaburan yang memberi pulangan positif
© 2025 Yafi Group. All rights reserved.